Aktiviti Akan Dijalankan :




...Dalam Proses...

Aktiviti 2013 :

Sambutan Hari Jadi Setiap Bulan (√)
Mendaki Bukit Broga, Semenyih (√)
Gotong-royong Cat Surau Al-amen, Bandar Mahkota ()
Meeting KBM kali ke-2 ()
Road Tour Bersama Ahli KBM, Port Dickson"Family Day" (√)
Road Tour Bersama Ahli KBM, Langkawi ( )
Pertandingan Futsal ( )
Hari Sukan ( )
Majlis Berbuka Puasa ( )
Majlis Hari Raya ( )







Pengenalan



Kelab Belia Mahkota(KBM), Bandar Mahkota(PPBM1722/09) merupakan sebuah kelab gabungan MAYC Kawasan Kuala Langat. Penubuhannya pada 02 MAC 2009. Kelab ini ditubuhkan mengikut kawasan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Oleh yang demikian, ahli-ahlinya adalah terdiri dari belia-belia daripada kawasan sekitar Bandar Mahkota. Kami bercadang untuk mengadakan sebuah program atau aktiviti yang boleh menarik ramai ahli dan membina semangat setiakawan diantara ahli. Disamping itu, dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berkepimpinan, hormat-menghormati dan membentuk jatidiri yang mantap dan cemerlang.

            Sehubungan dengan itu, kelab ini bertujuan untuk menyatukan remaja-remaja di kawasan sekitar Bandar Mahkota supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka. Kelab ini juga dapat dijadikan platform untuk para belia menimba pengalaman dan pengetahuan melalui program-program berfaedah yang akan dianjurkan.

            Diatas dasar tanggungjawab sosial dan sejajar dengan motto kelab kami ‘Bersama Bersatu’, kami ingin memainkan peranan dalam masyarakat setempat sebagai ejen yang mampu untuk mengajak belia terlibat dalam aktiviti berfaedah dan menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi kepada para ahli agar dapat melahirkan belia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kami berharap, usaha ini dapat mengelakkan belia terlibat dengan gejala sosial yang negatif.

0 comments:

Post a Comment